7/14/10

Rancang kewangan demi kesejahteraan keluarga

Ramai rakyat Malaysia diisytiharkan muflis kerana tidak pandai mengurus kad kredit yang dimiliki. -Gambar hiasan
________________________________________

TIDAK bertanggungjawab, lemah didikan agama, campur tangan pihak ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual, masalah ekonomi, masalah kerjaya, masalah kesihatan, masalah akhlak atau sosial dan masalah komunikasi, adalah antara yang menjadi senarai faktor sesebuah rumah tangga berantakkan.
Masalah ekonomi terutamanya, antara faktor yang sangat rumit untuk dihadapi oleh pasangan suami isteri. Jika tidak diatasi dengan baik maka ikrar untuk tetap hidup bersama ketika susah dan senang tentunya sukar untuk direalisasikan serta dipertahankan.
Aapabila bercakap soal ekonomi segala-galanya berpokok pangkal kepada perancangan kewangan yang tidak sahaja strategik tetapi mesti berlandaskan syariat Islam.
Itu antara yang banyak disuarakan oleh pakar penasihat kewangan peribadi dan keluarga, Rohani Mohd. Shahir dari Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd.
Topik itu juga yang berjaya menarik perhatian hampir 300 hadirin yang mengikuti Seminar Rumahku Syurgaku, "Setulus Kasih Ayah, Semurni Pengorbanan Ibu" anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya baru-baru ini.
Menerusi tajuk Bijak Mengurus, Keluarga Terurus Rohani berkata, hutang kad kredit atau istilah popularnya wang plastik antara yang menjadi punca suami isteri berperang besar. Apatah lagi jika ia menyebabkan salah seorang daripada pasangan tersebut diisytiharkan muflis atau bankrap.
Malah dalam banyak kes, si isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung pelbagai tekanan hutang piutang kad kredit yang disalahguna oleh suami.
"Statistik menunjukkan hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi di negara ini telah meningkat pada kadar 17.6 peratus dalam tempoh enam bulan ke RM98.8 bilion pada akhir 2009.
"Tetapi yang menjadi masalah sehingga memasuki tahap yang sangat membimbangkan apabila peratus hutang kad kredit yang tidak dibayar telah meningkat 5.4 peratus, iaitu sebanyak RM26.7 bilion terutamanya akibat pembelian barangan pengguna di bawah skim ansuran," katanya.
Menurutnya, dari tahun 2004 hingga April 2009, seramai 637 pemegang kad kredit telah diisytiharkan muflis akibat hutang kad kredit.

No comments:

Post a Comment

Jom kelik