7/9/10

MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

SEBAB-SEBAB BERKEMUNGKINAN BERLAKUNYA MASALAH PENGKID. Pengkid adalah bahasa slanga di negara kita Malaysia yang membawa maksud seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki dengan berambut pendek, kelakuannya agak kasar. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka adalah kumpulan wanita yang ingin menjadi lelaki kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah dilahirkan sebagai wanita. Mereka berasa malu kerana memikirkan mereka adalah wanita. Mereka mengetepikan segala ciri-ciri kewanitaan mereka dan sanggup mengikat payu dara mereka agar badan mereka kelihatan leper seperti lelaki yang tulen.
Punca berlaku masalah ini dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu diri sendiri, keluarga atau masyarakat dan akhir sekali ialah nagara. Diri sendiri. Pada peringkat ini, didapati bahawa seorangpengkid menghadapi masalah kekeliruan mengenai jantina mereka. Mereka menolak fitrah mereka sebagai wanita. Mereka berasa kewujudan mereka sebagai wanita adalah satu kesilapan yang besar. Mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka menganggap diri mereka adalah seorang lelaki walaupun berjantina wanita.
Dalam kekeliruan itu, mereka mula memakai pakaian lelaki demi menunjukkan ‘kelelakian’ mereka. Hal ini hanya berlaku jika mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama. Di dalam syariah Islam, adalah haram bagi seorang lelaki cuba menyerupai wanita dan sebaliknya. Hal ini dapat dijelaskan dengan petikan daripada kitab Sahih al-Bukhari iaitu "ALLAH melaknat lelaki yang cuba menyerupai
wanita dan wanita yang cuba menyerupai lelaki (riwayat al-Bukhari)". Mereka telah mengetepikan ajaran Islam dan perintah Allah. Mereka tidak menghiraukan mengenai Masalah sosial dosa, perkara yang halal dilakukan atau haram. Mereka melanggar semua perintah Allah. Ini kerana hubungan sejenis adalah haram disisi Islam. Pengharamannya adalah jelas melalui kitab Allah iaitu Al-Quran melalui kisah kaum Nabi LUTH dimana perkampungan mereka (Bandar Sodom) telah diterbalikkan oleh Allah kerana mereka mengamalkan hubungan sejenis walaupun telah dilarang berkali-kali.
Di dalam Islam telah diterangkan bahawa manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, tetapi boleh menjadi lebih hina berbanding binatang apabila membiarkan akal dikawal oleh hawa nafsu. GolonganPengkid bertindak berdasarkan nafsu. Mereka
mengutamakan kepuasan nafsu mereka berbanding tuntutan dan perintah agama. Sebagai contoh mereka sanggup membelakangkan agama dan menanggung kesakitan iaitu mengikat payu dara dengan ketat agar dapat mencari ‘teman wanita’. Mereka juga sanggup mencuri wang daripada keluarga untuk diberikan kepada ‘teman wanita’ mereka sebagai lambang percintaan mereka. Mereka melakukan semua ini hanya untuk memuaskan nafsu mereka. Walaupun mereka mempunyai akal tetapi akal mereka dikawal oleh nafsu. Oleh itu, mereka sanggup melakukan apa-apa juga perkara untuk memuaskan nafsu kerana akal mereka telah dikuasai nafsu.
Natijahnya, golongan manusia yang terkeliru dengan jantina, tidak mempunyai pengetahuan agama yang mantap, dan bertuankan hawa nafsu bukannya akal, adalah golongan manusia yang berkemungkinan menjadipengkid
Masalah sosial dosa, perkara yang halal dilakukan atau haram. Mereka melanggar semua perintah Allah. Ini kerana hubungan sejenis adalah haram disisi Islam. Pengharamannya adalah jelas melalui kitab Allah iaitu Al-Quran melalui kisah kaum Nabi LUTH dimana perkampungan mereka (Bandar Sodom) telah diterbalikkan oleh Allah kerana mereka mengamalkan hubungan sejenis walaupun telah dilarang berkali-kali.
Di dalam Islam telah diterangkan bahawa manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, tetapi boleh menjadi lebih hina berbanding binatang apabila membiarkan akal dikawal oleh hawa nafsu. GolonganPengkid bertindak berdasarkan nafsu. Mereka
mengutamakan kepuasan nafsu mereka berbanding tuntutan dan perintah agama. Sebagai contoh mereka sanggup membelakangkan agama dan menanggung kesakitan iaitu mengikat payu dara dengan ketat agar dapat mencari ‘teman wanita’. Mereka juga sanggup mencuri wang daripada keluarga untuk diberikan kepada ‘teman wanita’ mereka sebagai lambang percintaan mereka. Mereka melakukan semua ini hanya untuk memuaskan nafsu mereka. Walaupun mereka mempunyai akal tetapi akal mereka dikawal oleh nafsu. Oleh itu, mereka sanggup melakukan apa-apa juga perkara untuk memuaskan nafsu kerana akal mereka telah dikuasai nafsu.
Natijahnya, golongan manusia yang terkeliru dengan jantina, tidak mempunyai pengetahuan agama yang mantap, dan bertuankan hawa nafsu bukannya akal, adalah golongan manusia yang berkemungkinan menjadipengkid.
2. Keluarga atau masyarakat. Dalam konteks keluarga pula, merupakan antara faktor penyumbang berlakunya gejala ini. Ini kerana terdapat keluarga yang berpendapatan rendah akan membelikan 2 Masalah sosial anak perempuannya baju kanak-kanak lelaki. Ini kerana baju kanak-kanak lelaki lebih murah berbanding baju perempuan. Apabila anak itu dididik seperti seorang lelaki sejak kecil lagi, inilah yang mengakibatkan kekeliruan jantina kerana mereka telah selesa menjadi seorang ‘lelaki’ berbanding wanita. Mereka juga telah hilang sifat-sifat kewanitaan sejak kecil lagi.
Selain daripada itu, terdapat juga jenis keluarga yang amat mengharapkan anak mereka adalah lelaki. Mereka membeli permainan, pakaian, dan segala barang keperluan untuk bayi lelaki. Apabila bayi yang lahir itu bayi perempuan, mereka tetap menggunakannya barangan yang telah disediakan itu. Secara tidak langsung mereka telah mendidik anak perempuan mereka untuk menjadi seorang lelaki.
Masyarakat pula mengakibatkan masalah ini semakin sukar untuk dibendung. Manusia merupakan makhluk yang lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain untuk hidup dengan selesa. Ini bermakna manusia perlu hidup dalam komuniti tersendiri. Dalam hal ini, masalahpengkid ini hanya timbul apabila segolonganpengkid di dalam satu masyarakat. Ini kerana jika seorang pengkid itu keluar mencari pasangan untuk memuaskan nafsunya, tetapi tiada seorang pun yang sanggup melayannya. Lama- kelamaan dia akan berasa bosan, terpencil, dan mungkin dia akan kembali kepada fitrah.
Tetapi jika terdapat, walaupun seorang yang melayannya, maka dia akan menjadi lebih berani untuk melakukan pelbagai perkara yang lain. Selain daripada itu, dia akan menjadi satu contoh yang tidak baik kepadapengkid lain yang selama ini hanya memendamkan perasaannya di dalam hati.Pengkid yang lain akan mula
menunjukkan perasaan sebenar mereka kerana mereka telah berjumpa dengan golongan mereka dan mengetahui kepada siapa nafsu mereka boleh disalurkan. Dengan itu, mereka memperoleh pengalaman keseronokan. Pengalaman yang menyeronokkan ini telah membuatkan akal mereka menjadi buta kepada perkara yang hak dan batin. Ditambah dengan sikap masyarakat yang mengamalkan ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’, mereka akan terus hanyut dan hidup bergelumang dengan dosa selagi mereka tidak kembali kepada fitrah dan jalan Allah. Mereka berasa aman kerana walaupun perbuatan mereka akan menarik perhatian orang ramai, tetapi tidak pernah ditegur. Mereka bermaharajalela untuk melakukan apa- apa sahaja kerana masyarakat hanya mementingkan dirinya sahaja.
3. Negara. Negara juga menjadi sebagai punca yang menyumbang kepada masalah ini. Di negara ini, bahan-bahan lucah amat mudah untuk didapati sehingga pelajar sekolah juga boleh membelinya dengan harga yang murah. Ini bermaksud sesiapa sahaja boleh memilikinya asalkan anda mempunyai wang. Ini merupakan sebab utama kepada segala masalah sosial yang berlaku di Malaysia.Pengkid yang menonton filem lucah akan terangsang dan secara tidak langsung terdesak mencari pasangan untuk melepaskan nafsu mereka
Ditambah dengan internet, dunia tanpa sempadan menjadikan lebih mudah untuk mendapatkan bahan lucah. Ketidakmampuan kerajaan untuk mencari dan menyekat laman web lucah daripada dilayari juga menjadi sebab kepada masalah sosial. Mereka hanya perlu menaip hanya beberapa perkataan, kemudian dapat menonton filem-filem lucah.

No comments:

Post a Comment

Jom kelik